BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 21 March 2013

Busy Year.


All seem fine and I'm pain free! 
Working smart :)

Monday 18 February 2013

Baitullah


Malam tadi, bermimpi lagi untuk ke Rumah Allah ini..
Rasa terkilan, dah hampir 24 tahun hidup masih lagi belum dapat ke sana..
Moga Allah perkenankan doa'ku

"Ya Allah, jemputlah aku sebagai tetamu-Mu.." amin.

'Labbaik Allah humma labbaik..'

Sunday 17 February 2013

2013-It's A Cherry Blossom.



Calmness Moments in 2012..


Kaomoji Leaf  During Autum in Japan..


Hornbill & Bouganvilla at Pangkor..



Twilight 


Peaceful Pangkor Island


Mount Fuji, Japan..


Love Your Family, Its Peaceful..


Cycling at Sawah Padi, Chiba, Japan..


 Japanese Old Style Stall at Haneda International Airport Japan..


Akihabara, Electric Town Japan..


Japanese 'kodomo' (children) at Tokyo Mosque, Japan.. Kawaii :)


at Hana Misuzu house.. :)


Obaasan! :)


With Misuzu's 'otosan' (father) at Narusawa Ice Cave, Japan.
 So chill and cold! @.@


Sunlight


My truly love and happiness partner ever after..little brother, Muhammad Luqman Hakim :) <3



"And when your Lord made it known; If you are grateful, I would certainly give to you more, and if you are ungrateful, My chastisement is truly severe." (14:7)

Alhamdulillah..



Monday 17 December 2012

Mimpi

Mimpi lagi..
Bingkas bangun tunaikan kewajipan..
Namun, sedih dan hiba datang tanpa diundang..
Ku sedekahkan doa' buat mereka yang tersayang..

Allah itu Maha Pengasih, Penyayang..
Lantas Dia pujuk hatiku ini
Terdengar di corong radio, berlagu lirik ini penyedap hati..

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi..

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa, derita, sengsara..

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri..

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pasti kau kan ketemu..

Oh pasti kau kan ketemu..

Nasyid : Putaran Kehidupan by Firdaus.

Terima Kasih Ya Allah....

Sunday 9 December 2012

Beza

Semalam, menghabiskan masa hujung minggu bersama housemate baru ke seminar keibu-bapaan; Mahligai Kasih-Suami Memimpin, Isteri Mengurus. Seminar seharian dari jam 8 pagi ke 5 petang ini di adakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak disampaikan oleh Pak Utih (tak ingat nama sebenar,huhu). 


Ilmu yang menarik dikongsikan oleh Pak Utih dalam mengenal sifat-sifat manusia terutamanya mereka yang berbeza jantina dari kita sebab sememangnya we are all totally different. Pak Utih banyak menceritakan tentang perbezaan sifat dua jenis manusia iaitu perempuan dan lelaki. Jadi saya nak kongsikan sedikit di sini apa yang saya faham. 

Perempuan semenjak dilahirkan lagi memang suka kepada manusia. Manakala lelaki lebih minat kepada alat-alatan. Ada satu kajian yang telah membuktikan sifat ini. 2 orang bayi yang baru lahir di uji dengan alat permainan yang sama. Bayi perempuan, matanya hanya tertumpu kepada orang yang menggoyangkan alatan permainan tersebut, manakala bayi lelaki sebaliknya. Matanya lebih tertarik kepada alat mainan yang digoyang-goyangkan. (Video kajian ni boleh dicari dalam You-tube. Pak Utih tayangkan pada kami semasa seminar). Jadi sifat semulajadi bagi perempuan yang sukakan manusia ini dianggap sebagai penjaga, Haafizah kerana perempuanlah pengurus terbaik. Manakala lelaki pula Pak Utih kata are born to killed, A'milah memimpin dan melindung kaum yang lemah.

                                                      
Saraf-saraf dari otak perempuan boleh berhubung antara satu sama lain dengan pantas, menyebabkan kebanyakan perempuan multitasking. Perempuan sememangnya boleh melakukan beberapa kerja dalam 1 masa. Contohnya, perempuan boleh menonton TV dan bercakap di telefon sambil memasak, 3 aktiviti sekaligus dalam 1 masa. Manakala otak lelaki pula mono-tracking. Kebanyakan lelaki normal hanya boleh fokus melakukan satu kerja sahaja dalam satu masa. Contohnya, semasa memandu, lelaki tidak boleh bercakap di telefon sambil mendengar radio. (fakta yang tepat, sebab saya perasan abah saya macam ni. huhu) Otak lelaki, direka bentuk untuk fokus melakukan hanya 1 kerja dalam 1 masa. 

(Multitasking mom)

Satu perbezaan yang ketara antara lelaki dan perempuan adalah, semasa membuat keputusan. Perempuan lebih cenderung untuk berbincang sesama teman rapatnya atau orang yang dia percayai terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Manakala lelaki tidak. Mereka akan membuat keputusan terlebih dahulu, barulah berbincang. Tetapi mereka bersedia mengubah keputusan tersebut jika ada idea yang lebih baik diusulkan. Sebab itulah perempuan memerlukan sekurang-kurangnya dua, atau maximum 3 teman rapat untuk meminta pendapat peribadi. Sifat semula jadi perempuan yang suka berfikir terlalu banyak, menyebabkan mereka sangat susah untuk membuat keputusan. Ini kerana saraf-saraf di dalam otak perempuan akan menghubungkaitan segala benda jika terdapat sesuatu isu dibangkitkan. 

Sifat sentiasa berbincang ini, dibuktikan dengan kisah Ratu Balkis yang Allah S.W.T sebutkan dalam surah an-Naml, ayat 32:

'Raja perempuan itu berkata lagi, "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya."

Ratu Balkis yang merupakan raja perempuan semasa zaman Nabi Sulaiman memerlukan pendapat pembesar-pembesar yang dia percayai sebelum membuat sesuatu keputusan. 


Kalau sedang berhadapan dengan stress pulak, Pak Utih kata lelaki akan selesaikan sendiri masalah dan mendiamkan diri. Berbeza dengan perempuan, jika terlalu stress perempuan kebanyakannya akan mengeluarkan perkataan yang pelik-pelik. Ini menunjukkan telah melampaui tahap kesabaran seorang wanita. Kita lihat kepada kisah Maryam di dalam al-Quran;

'Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.' : 22

'(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatan pohon tamar; ia berkata "alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!" ' : 23

'Lalu ia diseru di sebelah bawahnya, "Janganlah engkau berduka cita wahai Maryam, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai." ' : 24

Maryam, ibu kepada Nabi Isa merasa sangat sakit ketika hendak melahirkan sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang Allah murkai. Namun, Allah telah mengutuskan malaikat bagi memujuk kembali Maryam. 

Begitulah berbeza sekali sifat antara lelaki dan perempuan. Namun perbezaan ini jika dapat difahami dan diberikan ruang toleransi akan mendatang kerjasama dan kebahagiaan dalam kehidupan. Wallahu a' lam.

Thursday 22 November 2012

Hati

" Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong."



Kiranya tiada cinta insani untukku..
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..
Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah
sebagaimana cintaku terhadap-Nya..

Ya Allah.. jemputlah aku sebagai tetamu-Mu..


Sunday 17 July 2011

Perginya Seorang Pejuang-

[15 Sya'ban 1432]
-Nisfu Sya'ban-

Salam takziah buat keluarga 
Allahyarhamah YB. Hjh. Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali
yang baru sahaja kembali ke rahmatullah


http://docpearl.blogspot.com/

Perginya seorang mujahidah Islam..