BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 17 July 2011

Perginya Seorang Pejuang-

[15 Sya'ban 1432]
-Nisfu Sya'ban-

Salam takziah buat keluarga 
Allahyarhamah YB. Hjh. Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali
yang baru sahaja kembali ke rahmatullah


http://docpearl.blogspot.com/

Perginya seorang mujahidah Islam..

Saturday 16 July 2011

Salam Nisfu Sya'ban-



Hari-hari yang ku lalui
semakin laju-tidak pernah berhenti
Sya'ban menghampiri 
ke penghujung hari; beransur-ansur pergi
Ramadhan yang dirindui
kembali lagi
Membawa sinar keampunan dari Illahi

Allah, kami rindukan Ramadhan-Mu
Allah, kami tagihkan keampunan-Mu
Allah, kami mohonkan petunjuk-Mu
Runtunkanlah kembali hati-hati kami ke jalan Hidayah-Mu

Salam Nisfu Sya'ban-Salam menanti Ramadhan
Semoga Ramadhan kali ini, membawa sinar cinta Illahi
dalam diri

Kuatnya seorang mukmin
Pada IMANnya
Ramadhan akan menyingkap segala
Bulan Tarbiyah, penyuci jiwa-


"Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Monday 11 July 2011

Ironi Julai : KUASA ANAK MUDA

Seorang anak muda..

yang mempunyai seribu harapan dan impian untuk hidup dalam ketenangan dan keadilan

NAMUN

ada kuasa jahat yang mencengkam kebahagian dengan kezaliman..
yang berselindung disebalik kuasa berautoriti..

penyalahgunaan kuasa kian berleluasa..

hak rakyat semakin ditindas..

MAKA

muncullah GERAKAN ANAK MUDA..

bangkit menentang kezaliman yang tidak berperikemanusiaan

PERANG kini bermula..

ANAK MUDA atau KUASA HITAM
siapakah yang akan MEMIMPIN dunia?

NANTIKAN..
                                                 15 JULAI 2011

" Berikan aku 10 orang anak muda, aku boleh menggoncang dunia. Tetapi, jika diberikan aku 100 orang tua, aku hanya boleh mencabut rumput di atas gunung semiru "- SUKARNO.

hehe..~